Wednesday, August 24, 2011

Dua inisiatif graduan tajaan JPA

utk PIDN jgk ke ni ea?
to share information n just to remind myself too sbb tahun depan akan grad....heee..=)


Program khas bantu pelajar pacu Program Transformasi Kerajaan: Najib


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan dua inisiatif utama khusus untuk graduan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memainkan peranan dalam memacu usaha Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Dua inisiatif itu, Talent Acceleration in Public Service (TAPS) dan Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR), masing-masing dikendalikan dengan kerjasama Razak School of Government (RSOG) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
Menerusi TAPS, 40 graduan cemerlang tajaan JPA diberi peluang menyertai program perintis selama dua tahun mulai Oktober ini, dengan membabitkan diri dalam pelbagai projek dan penggubalan isu menyentuh kepentingan awam.
Bagi memantau pelaksanaannya, seorang pegawai kanan kerajaan akan dilantik sebagai mentor setiap graduan terbabit, selain mewajibkan mereka menjalani latihan di RSOG.

STAR pula memberi peluang kepada graduan tajaan JPA yang tidak terpilih untuk berkhidmat dengan sektor awam bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional yang terbabit dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Najib berkata, lebih 50 syarikat menyatakan minat untuk menyertai program STAR, antaranya Bank Negara Malaysia, Khazanah Nasional, Shell Malaysia, CIMB Bank dan Teach for Malaysia.

“Kerajaan meletakkan harapan yang tinggi kepada anda, selaku pemegang biasiswa JPA kerana di tangan andalah masa depan negara akan ditentukan sama ada baik atau tidak.
“Lagipun, saya percaya mereka yang diberi peluang untuk menikmati sistem pendidikan yang baik bertanggungjawab untuk memanfaatkan ilmu itu bagi faedah orang lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran TAPS dan STAR di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JPA dan TalentCorp bagi memeterai kerjasama dalam program STAR.

Abu Bakar menurunkan tandatangan bagi pihak JPA, manakala Johan Mahmood mewakili TalentCorp.

Program STAR, yang dilancarkan semalam, bertujuan mewujudkan peluang yang lebih menarik kepada graduan tajaan JPA membangunkan kerjaya mereka dalam bidang keutamaan di bawah GTP dan ETP selepas tamat pengajian.

Dalam erti kata lain, graduan tajaan JPA yang tidak terpilih ke sektor awam akan mengambil bahagian dalam program STAR bagi memberi mereka peluang menunaikan kontrak perkhidmatan di syarikat terkemuka memacu GTP.

Program TAPS pula adalah inisiatif kerjasama JPA dan RSOG dengan TalentCorp untuk menarik serta memupuk bakat terbaik di kalangan graduan tajaan JPA ke dalam perkhidmatan awam.

Kumpulan perintis pertama program TAPS membabitkan 40 graduan JPA terbaik akan bermula pada Oktober 2011 dan program ini seterusnya akan dilaksana secara berperingkat bagi graduan JPA dari institusi pengajian tinggi lain di dalam serta luar negara.

2 comments:

  1. Semoga program-programnya berjalan sukses.
    Saya follower baru, jika berkenan silakan follow blog saya. terima kasih.

    indonesiatooverseas

    ReplyDelete